Friday, October 31, 2008

Selesai menghadiri kursus sulaman

Pada 30 hb Oktober 2008 saya berjaya menyelesaikan kursus sulaman yang kendalikan oleh Puan Rosita Jaafar di Pusat Fesyen FTIM Designing Centre di Kompleks 3C, MPSJ, Bandar Sunway, Selangor.

Dengan itu tercapailah hasrat saya yang telah cita-citakan semasa menyambut Hari Raya Idilfitri yang baru lalu.

Saya begitu berminat untuk menjahit baju anak-anak perempuan saya dan baju saya sendiri dengan pelbagai fesyen manik dan labuci.

Walau pun saya perlu mengambil cuti dan menempah tiket kapal terbang untuk datang ke Kuala Lumpur dari Kuching, tetapi demi minat dan hasrat yang mendalam dalam diri saya terhadap jahitan sulaman manik dan labuci, saya sanggup melaluinya.

Tidak lama lagi saya akan membuat entri mengenai jahitan manik dan sulaman yang telah saya hasilkan berserta gambarnya sekali.

Terima kasih kerana sudi melayari blog ini.

-- Norhajah Eli --

No comments: